image
HeroKOI’s Apartment
Wednesday, April 09, 2008,

Mencintaimu tak mengenal lagu.. keyakinan hatiku hanya untuk mu..
Kejam celik kejam celik dah nak masuk setahun kita bersama sayang..
Hati ku sebak namun bukan kerna aku sedih tetapi bahagia bersama denganmu sayang..

Kau la kawan ku kau la kekasihku kerna sekarang kawan ku sudah terhad.. kenalan yang aku kenal dulu pun dah tak serapat seperti dulu.. Tumpuan ku telah menoleh kepada mu seorang..

Aku mencintaimu dgn setulus hati wahai kekasihku. Setiap detik bersama hanya membawa aku lebih rapat kepada mu. Aku hanya yang terbaik untukmu. Namun ada kala keadaan tidak merelakan..

Pada tanggal 26 Mei 2007 cinta kita berbunga dan sehingga sekarang dia berkembang.
Jam menunjukkan 1145 malam.. Aku harus tidur tetapi hatiku tak akan tenang kerna aku mahu kau tahu sayang di balik wajah ceria ini terdapat seorang insan yang amat amat bersyukur kerna dapat memiliki mu dalam hidupnya..

Aku tak akan pandang belakang...akan ku lalui hidupku bersama mu menuju ke hadapan dan aku harap aku dapat mengukir sebuah jalinan yang kukuh dan berkekalan sepanjang mana mungkin kerna aku mencintaimu.. Mencintaimu sedalam dalamnya...tak akan ku jemu dgn mu.. tak akan... Mencintaimu tak mengenal waktu tak mengenal putis hanya tulusnya hati.. Tetapi jika hatimu berubah syg...aku harap kau beritahu aku kerna aku hanya ingin kau bahagia.. Aku sudah berjanji pada diriku tiada yang lain aku ku cinta selain mu..

Aku ingin kau tahu walaupun ada kala aku tidak dpt menunaikan janjiku padamu aku akan pastikan ia akan terkabula jua walaupun lambat.. Hanya kesabaran darimu yang ku pinta sayang..

4/09/2008 11:35:00 PM