image
HeroKOI’s Apartment
Wednesday, February 28, 2007,

Cuba untuk mengerti

Baiklah.. aku harus meminta maaf kerna salah anggap kepada seseorang kawan. Walaupun aku hanya inginkan semua berbaik semula.. Namun tindakan aku hanya membawa kepada kesulitan yg tidak di ingini. Suatu salah faham yang tidak seharusnya berlaku..

Justeru itu aku ingin luahkan rasa hatiku kepada masalah salah faham ini untuk menjadikan sebagai pengajaran bagiku.. Sesungguhnya kita adalah manusia yang tidak lari dari membuat salah.

Cuba teliti situasi ini.. Kita hidup berkawan dan apabila antara satu bergaduh yang lain turut juga terlibat.. Namun separuh yang tidak terlibat juga akan cuba melibatkan diri secara automatik.. Mengapa? Mengapa haruskah mereka yg tidak terlibat apabila mendengar pergaduhan itu mula membenci kan kawan itu? dan justeru itu mula mengapi - apikan suasana yg terlebih dahulu sudah gamat..Mereka akan mengambil pihak yg mereka lebih gemari dan akan pula megeluarkan kata kata kesat kepada pihak yg tidak digemari. Mengapa haruskah perkara kecil dihebohkan dgn pihak luar ini?

Bukankah kawan harus cuba untuk menolong membetulkan jikalau ada salah faham antara satu sama lain? Walaupun sedemikian manusia adalah manusia.. Ada manusia yg suka melibatkan diri dan mengheboh-hebohkan suasana. Manusia yg seperti kusebutkan dalam ruangan aku malam ini.. Aku hanya dpt berkata terus terang aku tidak dianggap seperti kawan yang sebenar dan aku sedar lebih lagi selepas melalui masalah ini...

2/28/2007 06:50:00 PM