image
HeroKOI’s Apartment
Friday, November 24, 2006,

Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 4 pagi. Mataku mula merasa layu menandakan sudah waktunya aku masuk tidur.. Apakan daya aku adalah seseorang yg keras kepala. Selagi aku tidak dpt apa yg aku inginkan selagi itu aku tidak akan cuba usaha. Ternyata tercapai juga hasratku untuk menyempurnakan lelaman blog aku ini..

Akhirnya hatiku tenang kerana dpt meletakkan pemain musik kedalam lelamanku...Itu ketepi, sekarang aku rasa diriku kembali seperti sediakala seperti dulu..Di mana aku mencari kerja yg stabil lagi..Aku harap hatiku tegar mencetusi apa rintangan yang bakal dilimpahkan padaku..

Walaubagaimanapun aku cuba menguatkan diriku, aku tetap merasai hatiku yg keseorangan..Entah kenapa disebalik senyuman dan tawaku adalah jiwa yg amat sedih kerna memikirkan nasib aku ini. Haiz.. Aku ingin menerusi menulis tentang hatiku ini namun kepalaku amatlah pening sekarang.Lebih baik aku masuk beradu.. Sampai ketemu lagi di episode hidupku ini..

11/24/2006 04:05:00 AM