Tuesday, February 14, 2006,

Daku mulakan hari ku ini dgn berjumpa kawan ku Shahdan kerna ingin mendaftarkan diri untuk bekerja di banquet Mandarin Hotel yg terletak Bersebelahan Cineleisure. Entah kenapa hatiku degap degup seolah-olah hendak meletup padahal kami telah melalui latihan hari sebelumnya.

Difikiran ku aku bimbang bahwa bolehkah aku melalui rintangan bekerja di banquet. Hatiku sungguh resah. Nati pada jam 10.30 pagi aku ada interview di daerah bukit merah. Anehnya aku masih belum tidur lagi.. Entah la ada la tu yg tak kena. Hatiku gelisah entah kenapa..

Walaubagaimanpun tadi setelah selesai mendaftar kan diri dan melalui inject typhoid kami beredar ke pantai East Coast. dpt juga aku tenangkan fikiran ku. Melihat awan berarak mengenangkan aku bahawa kuatnya kuasa Allah.. Sungguh menakjubkan..Duduk di atas batu itu seolah - olah membawaku ke alam lain. Alam yg sungguh tenang sehinggakan aku memetik beberapa gambar langit serta alam sekitarnya..

Sampai di sini saja lamaran ku malam ini. Sehingga ketemu di hari lain..
2/14/2006 01:24:00 AM