image
HeroKOI’s Apartment
Sunday, February 05, 2006,



Tu lah dia gambar gambar yg dipetik oleh ku semasa di Pesta Chingay. Sememangnya bila sampai jer ke tempat destinasi iaitu Orchard Rd, di sempadan kaki lima tu dikerumun ngan pelbagai jenis manusia.Macam Macam karenah dpt dilihat. Ada yg terjengkik jengkik nak lihat kat acara itu. Ada juga yg menjunjung anak mereka di atas bahu mereka. Alangkah seronoknya kalau aku di dlm situasi bergitu. he he tak payah susah payah jengkek. Oh ya aku tiba di sana dlm kul 7 maklum lah gara gara tak baca surat khabar jadi aku tak tahu yg jalan menghala ke Orchard Rd ditutup. Jadi dgn semangat berkobar kobar aku naik la bus 106. Tak sabar untuk menjumpa kawan. Disangkakan bus tu berhenti di Orchard. Nasib baik kawan ku shook msg ku dan beritahu bahawa tiada bus yg akan lalu di Orchard jadi dgn lincah kaduk aku pun turun di Grange Rd dan jalan kaki ke Orchard mrt station. Nasib baik sampai tak lambat sgt. Fai, Shook dan Is tgh tunggu dekat kaki tangga. Sampai jer sana kena tunggu lagi seorang kawan yak itu tak lain dan tak bukan Azuwa bebeh!.

Pendek kan citer, oleh kerana kiter tak dpt lihat sgt acara chingay tu kiter orang punu beredar ke cineleisure dan makan di Long John Silver kali ini ditambah lagi dgn kehadiran 2 kawan IS . Lepas tu kiter orang patah balik melihat pesta Chingay yg seronoknya lepas pesta tu mereka ada kan dance party beramai - ramai di jalan raya yg tertuttup tu. Sungguh seronok! Macam macam gaya ku lihat ada yg joget macam ada ulat di dalam seluar ada yg joget tangan mengapai ngapai kelangit eh macam macam la. Kiter org pun apa lagi disaat pertengahan semua org mula berdansa.. Ish best la kalau ada peluang nak pergi lagi la. Tu la dia apa yg berlaku padaku semalam... sampai di hari lain.

2/05/2006 01:48:00 PM