image
HeroKOI’s Apartment
Sunday, January 22, 2006,

First of all sorry guys for not updating.. Dunno why la jus got so caught up with work tat i became so tired and lazy to update. Nevertheless i am not gonna let my blog jus die off like tat.. so here goes.. be patient with me k.. i try to make it short and sweet.

Di saat ini.. aku rasa badanku tidak larat lagik.. Mana ketidak asyik lari sana sini. terkejar kejar.. Bukan ku tak suka kerja di Zara tetapi ada sebab sebabnya yang buat hatiku berat untuk berjuang lagi bersama Zara. Fakta utama adalah perangai bodoh sombong dan panas baran kedua dua manager ku di Mens dept. Tak faham? biarku huraikan apa yg jadik..

Ada saat tu aku terpaksa mengambil mc kerna ulcer dipangkal lidah ku amatla sakit sampai tak bolehku bercakap. Esoknya aku dipanggil oleh manager manager ku semata - mata untuk diberi amaran supaya lain kali kalau sakir turun ke Zara dan tunjuk muka dan mereka akan menetapkan bahawa aku betul betul sakit atau tidak dan kalau tidak rabak sgt mereka akan memberi tugas yang ringan, Pabila ku dgr gitu jer hati ku dah menyirap betul nyer tak munasabah, Company apa seh yg memberi alasan macam gituk padahal tidak pun aki diberitahu pasal perkara tersebut dlm contract ku. Sungguh merepek.

Itu tak apa manager baru lak nak tunjuk konon nya dia yg paling berkuasa. kata dia kata dia aja. Ada satu masa tu aku terpaksa pergi dinner break ku lambat kerna kawan ku yg harus pergi sebelum ku pergi lambat, Dan itu bukan salah kiter malah salah kedua - dua manager tu yah mengakibatkan dia pergi dan balik lambat, Lagi ada hati nak marah aku lak dan tanya kenapa aku pergi lambat jadi aku huraikan balik la tu gara gara dia la, Dah tu yg peliknya dia panggil kawan ku dan tanya kenapa dia pergi lambat, Apa tak ada otak ka pompuan. kawan ku pun cakap bukan salah dia, dia pergi lambat kerna manager yg buat dia kuar lambat. Yg bodohnya si manager ni dah tahu salah dia tapi dia tetap nak pertahankan diri dia padahal terpampang tu salah dia. Dah tu malu sendiri, Merepek kan pompuan tu. Ada degree tak semestinya cekap dlm bidang pekerjaan..

Paling aku pantang org bodoh sombong macam gini. Apa lagi kan aku tak nak membuang masa ku lagi. Sudah cukup. Aku akan giat mencari kerja yg tetap.. Insya Allah akan dpt. Mereka ingat apa senang senang apa nak pijak kepalaku, Kan aku dah tunjuk belangku. Walauapa pun aku tetap bersikap professional dgn membuat kerja ku sebaik mungkin. Sampaikan manager yg interview ku memuji ku dan kata aku agak pantas kerna apa yg diajar aku dpt tangkap. Apa lagi aku tak kasi muka aku menyambut pujian dia dgn berkata "i told u already during the interview i am a fast learner" Bukan nak megah tetapi ingin memberi tahu dia bahawa aku tetap dgn kataku. Orang macam gini tak boleh kasi muka.

Jadi dipendek kan cerita mereka merayu ku untuk jgn pergi dan berkhidmat ngan mereka. Pergi mampus. Padaku kalau sesebuah company yg tak jaga ihwal pekerjanya dgn baik tak payah buang masa kiter berkhidmat dgn mereka kerna mereka tak berterima kasih akan apa yg kiter buat, Mereka hanya ingin mempergunakan kiter macam slaves.. Pekerja pun ada otak. dah mereka pun manusia. Puas ati aku kerja balik dia office line lagi banyak benefit dan only kerja weekdays weekend can rest. ni kat Zara waktu kerja tak tentu dan kerja berutngkus lumus sehingga 12 jam pun kiter bukanya dpt overtime pay nak claim hrs pun tak dpt. Betulnya tak munasabah. Aku akan tetap dgn pendirianku. Aku tak akan putus asa dlm mencari kerja yg stabil biarla aku merana sekarang supaya masa depan ku cerah...Hari terakhir ku adalah cukup bulan ni..

1/22/2006 02:15:00 AM