image
HeroKOI’s Apartment
Sunday, November 06, 2005,

Sayang Semuanya

Raya tahun ni ok la boleh tahan. Abang dan kakak pulang 2 hari sebelum raya membawa keluarga masing masing. Sungguh gembira rasanya dpt bertemu ngan mereka. Lagi lagi dpt jumpa anak sedara. Kesemuanya ada 7 orang anak sedara!. Abg Norman ada 2 orang anak lelaki Haziq and Daniel keduanya dlm jangka usia 4 tahun dan 6 tahun. Kakak Faezah lak ada 5 org anak yg terdiri daripada Nur Sabrina, Nurul Ain, Nor Laily, Farid Amirul and NurLiyana.

Jadi apa lagik kan. Kecoh la rumah ni. Maklumlah selalunya senyap sepi sehinggakan leh dgr pin jatuh! ha ha k k tu dah kes bedek. Tapi seronok la dpt lihat wajah mereka yg ceria tu. Semua ghairah nak beraya. Kemana me pergi ada jer assistant assistant yang membuntut. Pak busu ini la pak busu itulah. Semua nak cakap serentak kengkadang leh pening dibuatnya.Tetapi seronok la kerna semua macam macam karenah.

Ada yg terkencing kat seluar la semasa ber raya kat umah mak cik dah tu takut nak bergerak nak bilang mak nyer. So apatah lagi Pak su dia juga yang ngelolakan. Cebok kan dier dan cuci seluar melayu dier dah tu gosok ngan sterika kasi kering. Tu tak apa biler jalan raya tak kira nak naik bus atau pun mrt semua berebut nak duduk sebelah me. Ish terharu rasanya hati ini. Maklumlah kerana selalu kesunyian. Duk kat umah selalunya sepi tapi biler mereka datang seolah - olah tunggang terbalik dunia ku ha ha ha. Seronok.. tetapi sedihnya mereka akan pulang sok pagi jam 10.. Sedih tak terhingga hati ni. Yang buat lagi sedih adalah apabila Nurul kata kepada me "Pak su jangan lupakan Nurul tau. Insya allah Nurul akan dtg lagi tahun depan." Apa lagi kan. Cam nak nangis pun ada tapi me cuba act cool la.. Yg kesian nyer si Nurul ni kena chicken pox selang sehari nak dekat raya. Kesian kan. apalah nasib dier tapi hari tu jugak me bawak dier gi 24hr clinic maklumla dier kena chicken pox on my b'day 1st nov, Deepavali so nak bawak to my family clinic lak clinic tutup. Mujur dier dah beransur pulih..dpt raya pun.

Haiz me nangis sekarang ni kerna sedih rumah ini akan sunyi lagi dan me tak ada teman. Tak ada yg akan membuntut me lagi. Tak ada yang akan berebut untuk bersama me. Tak ada yang akan membuat me bingung dgn pelbagai pertanyaan..Mengapalah keluargaku harus berpecah,. Sok mereka akan pulang ke JB..HAti ni sebak tak tahan rasanya. BErlinang air mata ni.. Cuma satu yg me dpt harapkan.. Moga-moga mereka sentiasa dlm keadaan sihat-walafiat dan ceria selalu.. Sekiranya kalau Pak busu ditimpa bencana dan tiada lagi di dunia ini sekurang - kurangnya Pak Busu bersyukur dapat anak sedara yg sentiasa ceriakan hidup Pak Busu..

11/06/2005 12:09:00 AM