image
HeroKOI’s Apartment
Saturday, November 19, 2005,

Bagaimana harus ku mula.. Aku tak tahu kenapa kedudukan ku sekarang amat terganggu. Berapa lamakah harusku tangani cabaran yg dilimpah kepadaku. Kawanku.. maafkan aku sekiranya aku tak dpt keluar bersama kamu semua semana sekalian kerap berjumpa.

Aku rasa malu sebenarnya.. sungguhku malu sekali kerna aku ni papa kedana sekarang. Tak ada hasil langsung. Aku sedang giat mencari kerja kembali tetapi apa kan daya dari beribu-ribu resume yang aku hantar tak ada satu pun yang balas. Ada kala ku rasa macam hendak berputus asa. Tetapi jikalau aku berbuat sedemikian aku akan kalah.. Kalah kepada cabaran yg diberikan kepada ku dan aku adalah sesorang yg tidak suka mengaku kalah sebegitu saja. Ramai yang ingat aku tidak berusaha.. hanya Tuhan saja yang tahu..

Haiz... Aku bukan nya mengharapkann belas ikhsan tetapi apakan daya aku sedih... Sedih kerna aku tak dapat keluar seperti dulu. Keluar tanpa risaukan bahawa aku kekurangan duit.. Aku tidak mintak menjadi begini. Situasiku seolah olah seperti seorang pengemis yg selalu ku nampak digeylang.. Tak ku sangka ku terjerumus dlm keadaan sebegini sekali..

Keluargaku tak seperti keluarga yang lain.. Mereka punyai ibu bapa yang stable.. Keluarga yang kukuh..Sentiasa ada tempat untuk meminta duit sekiranya mereka kekurangan.. Sungguhku kagumi kamu semua.. Keluargaku berpecah belah.. Aku tiada bapa.. Ibuku hanya bekerja sambilan di masjid.. Tetapi sekarang cuti sekolah jadi ibuku tidak dapat mendatangkan hasil apa apa walaupun beliau ingin bekerja.. Abg dan kakakku yg menatap di JB sering meminta duit dari ibuku.. Aku rasa sungguh pasrah.. Kerna aku tak dapat menolong keluargaku buat masa sekarang,

Kepada mu yg ku sayangi..aku teramat terhutang budi kepadamu kerna menolongku disaat saat ku yg terdesak ni.. Aku minta maaf jikalau ku tak dapat memberimu kebahagian dan kemewahan buat masa sekarang. Sekiranya kau berjumpa dgn jejaka yg lebih kemampuan pergilah kau bersamanya.. Aku tahu kau mempunyai masalah sendiri juga. Aku tak mahu masalah ku memberatkan bebanmu.. Sayang.. sesungguhnya kau adalah insan yang ku sanjungi dan yang ku cintai.. Maafkan aku.. kerna aku tak dpt membuatmu bahagia dlm keadaan sebegini.. Jikalau kau ingin pergi.. Aku akan sentiasa berdoakan kesejahteraan mu...

11/19/2005 03:17:00 PM