image
HeroKOI’s Apartment
Wednesday, October 12, 2005,

Ok nak ikutkan dah bertahun seh tak blog. Maklumlah macam macam berlaku. Mana nak layan kat tempat kerja lain, nak layan kawan lain. So pendek kata tak ada masa nak tulis menulis ni. Tapi tu dulu. Sekarang ni dah terlalu banyak masa sgt sampai tal tahu nak buat apa.

Maklumlah lom dpt kerja yg sempurna lagi. Ni pun ngah stress bangat cari kerja. Entah tak tahu biler la agaknya dpt kerja yg betul. Dah naik lengit dah duk kat umah jer. Tak apa la bak pepatah try and try again. He he.

Hmm kejam celik kejam celik dah masuk seminggu kiter berpuasa eh. Cam cepat gituk. Entah kenapa tahun ni me rasa cam sedih gitu nak menyambut Raya. Mana ke tidak masih lom dpt kerja lagi dah tu atuk pun dah tak ada lagi. Dah tak ada nenek dan atuk lagi dah tak leh serbu rumah atuk setiap kali Syawal menjelma.

Apa nak kata dunia ini adalah tempat sementara jer. Lambat laun semua akan mati satu hari.Ish apa la me ni terbawak sgt rasa sedih petang petang posa ni he he. K k tukar topic. Tahun ni kan insya allah me nak pakai baju melayu cekak musang kaler pink! ha ha yup kaler pink. Seumur hidup tak pernah try kaler tu so tahun ni nak try la. Apa org nak kata katala he he lawa ker tak lawa ker janji me happy ha ha. K la setakat ini jer la untuk hari ni. Sok sambung lagi..

10/12/2005 06:47:00 AM